Senarai kereta yang dilancarkan melalui video kerana ancaman COVID-19

1714

Kerajaan Switzerland telah membuat keputusan untuk membatalkan acara Geneva Motor Show 2020.

Langkah ini diambil sebagai satu bentuk pencegahan dari penyebaran virus Corona atau COVID-19. Oleh itu, pelbagai kereta terkini tidak jadi diperkenalkan di sana.

COVID-19



Walau bagaimanapun, jenama dari pelbagai jenis kenderaan tidak membatalkan rancangan mereka untuk memperkenalkan produk terbaru. Video dan siaran langsung menjadi pilihan, untuk dapat memperkenalkan produk terbaik mereka.

Berikut adalah senarai kereta yang diperkenalkan menggunakan video, akibat dari penyebaran COVID-19 yang semakin mengancam beberapa negara baru-baru ini.

Alfa Romeo Giulia GTA 2021

Alfa Romeo akhirnya secara rasmi memperkenalkan Giulia GTA melalui video. Jentera ini diperkenalkan sebagai pesaing kepada BMW M dan Mercedes-AMG.

Dikuasakan oleh enjin Giulia Quadrifoglio, jentera ini dikatakan mampu menghasilkan sehingga 505hp. Ini menjadikannya pesaing bagi BMW M3 yang mampu menghasilkan 444hp dan Mercedes-AMG C63 S yang mampu menghasilkan 503hp.

Bentley Mulliner Bacalar 2021

Dikatakan pada dasarnya jentera ini adalah sama seperti Bentley Continental GT Convertible, dengan menyampaikan reka bentuk luaran dan ruangan dalaman yang unik hasil dari buatan tangan.

Jentera ini dikatakan dikuasakan oleh enjin W12 yang mampu menghasilkan 650hp dan 904Nm tork. Ini bermakna enjin yang ditawarkan ini mempunyai peningkatan sebanyak 24hp dan 4Nm tork berbanding enjin Conti GT.

Kereta ini dikatakan hanya dihasilkan sebanyak 12 unit dan akan dijual pada harga USD1.9 juta (RM7,925,850).

BMW i4 Concept

BMW i4 Concept dikatakan menjadi keluaran baru bagi BMW untuk penghasilan kenderaan elektrik dan peralihan ke kenderaan masa hadapan.

Kereta konsep ini dikatakan mampu bergerak sehingga 600km, dengan ujian Kitaran WLTP Eropah (European WLTP Cycle). Bukan sahaja menjimatkan, jentera ini dikatakan mampu menghasilkan sehingga 530hp dan hanya memerlukan 4 saat untuk memecut dari 0-98km/jam. Ia juga dapat mencapai kelajuan maksimum sehingga 199km/jam.

Mercedes-Benz E-Class 2021

Mercedes-Benz turut terjejas kerana COVID-19, dengan memperkenalkan varian terbaru mereka melalui video. Mercedes-Benz dijadualkan untuk memperkenalkan model E-Class yang terkini.

COVID-19

Walaupun E-Class itu sendiri bukan produk yang baru, kerana generasi W123 telah diperkenalkan sejak tahun 2017. Kini model terbaru ini mendapat sentuhan wajah yang baru, dan akan dijual bermula pada tahun 2021.

McLaren 765LT 2020

McLaren 765LT dikatakan dibina dari generasi sebelumnya iaitu McLaren 720S, tetapi apa yang membezakan kedua jentera ini adalah reka bentuknya yang sangat berbeza. Jentera ini dikatakan dapat memiliki tahap aerodinamik yang lebih baik daripada 720S.

COVID-19

Apa yang baru pada jentera ini ialah reka bentuk bampar belakang yang baru dan dilengkapi dengan spoiler belakang. Begitu juga dengan penampilan bahagian hadapan yang berubah, dan direka untuk membuatkan pengaliran udara yang lebih sempurna.

Porsche 911 Turbo S 2021

Jentera terbaru Porsche yang diperkenalkan melalui video, iaitu Porsche 911 Turbo S dalam bentuk coupe dan cabriolet. Jentera ini dikatakan merupakan model terbaik pernah dihasilkan dari siri 911 Turbo.

Porsche 911 Turbo S terbaru ini dikatakan disertakan dengan twin turbo, dan dikuasakan oleh enjin 3.8-liter flat-six. Jentera ini dikatakan mampu menghasilkan 640hp dan 799Nm tork. Jentera ini juga hanya mengambil masa 2.6 saat untuk memecut dari 0-98 km/jam.

Volkswagen ID 4 2021

Volkswagen juga tidak ketinggalan untuk terus memperkenalkan model terkini, melalui digital atau video. Volkswagen secara rasmi memperkenalkan model SUV elektrik iaitu ID 4.

Jentera ini dikatakan membawa platform MEB modular, dan jentera ini dikatakan mampu bergerak sehingga 498km ketika menggunakan tenaga elektrik.

Sumber : oto.detik.com, motortrend.com

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here