Puluhan alat ganti motosikal berusia 100 tahun ditemui di kedai antik dan perabot

1763

Brian Taylor, pemilik The House Clearance Emporium di Coleham Head, United Kingdom telah memeriksa premis perniagaannya yang terjejas akibat banjir dan menyifatkan keadaan itu cukup mengerikan baginya.

Selepas paras air sungai surut, Brian telah memulakan proses pembersihan dalam masa yang lama. Ketika dia mengangkat salah satu karpet, dia mendapati satu ruang di bawah lantai yang sudah rosak. Rupa-rupanya, ruang itu dipenuhi dengan alat ganti motosikal lama, berusia sekitar satu abad yang lalu. 



Kedai itu rupa-rupanya sebelum ini merupakan sebuah kedai motosikal sebelum Brian membuka The Emporium Clearance House tersebut enam tahun lalu.

Brian berkata: “Penemuan ini merupakan satu penemuan yang besar dan kami tidak akan membuka premis kami selama dua atau tiga minggu.”

“Kami terpaksa mengangkat semua karpet dan menemukan lantai kayu yang rosak dimana di bawahnya terdapat sesuatu yang merupakan bonus untuk kami.

Beliau menambah: “Lantai asal ditutup dengan kepingan papan lapis sebelum karpet diletakkan. Kami mendapati terdapat satu ruangan lantai dimana papan lapis telah dipotong di sekelilingnya. Kami mula terfikir bukankah keadaan ini sangat pelik, dan beranggapan terdapat sesuatu yang tersembunyi di bawahnya.”

alat ganti motosikal

“Kami melihat dan terdapat satu ruangan kotak bata yang mengandungi alat ganti motosikal lama.”

Brian berkata beliau menjangkakan perkara itu akan menarik minat terutamanya orang ramai yang berumur sebaya dengannya.

alat ganti motosikal

Beliau berkata: “Kerana komponen ini sangat tua, mereka menjadi perhatian dan sangat bernilai kerana umurnya yang menjangkau 100 tahun atau lebih.”

Brian menyatakan bahawa dia terkejut dengan tahap banjir, memandangkan kedai itu tidak pernah dilanda banjir selama enam tahun sebelum ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here