UniMAP sedia 30 buah bas khas untuk hantar pelajar balik kampung

1684

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil tanggungjawab menyediakan perkhidmatan pengangkutan dengan menyewa 13 buah bas khusus untuk menghantar lebih 500 pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing.

UniMAP

Inisiatif tersebut diambil susulan pertemuan dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP sebaik sahaja pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Naib Canselor, Prof. Ir. Ts Dr. R Badlishah Ahmad berkata, melalui inisiatif tersebut, UniMAP percaya ia mampu mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19 yang kini telah diisytiharkan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan telah menyebabkan dua kematian di Malaysia.

UniMAP

“Sebanyak 13 buah bas terlibat bagi perjalanan pada 17 Mac dan bagi perjalanan 18 Mac pula, UniMAP menyediakan 17 buah bas lagi untuk menampung 680 pelajar menjadikan keseluruhan 30 buah bas dengan 1200 pelajar yang terlibat.

“Bas-bas yang disediakan ini membabitkan perjalanan ke Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta negeri-negeri di Pantai Timur dan setiap pelajar turut menjalani pemeriksaan kesihatan khas yang dikendalikan oleh pasukan petugas Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebelum dibenarkan menaiki bas,” ujarnya.

pemeriksaan dijalankan sebelum pelajar menaiki bas

Beliau menambah, selain inisiatif tersebut, UniMAP turut menyediakan penginapan kepada para pelajar yang tidak pulang ke kampung dengan kemudahan kedai runcit serta kafeteria beroperasi seperti biasa tetapi hanya terhad untuk makanan berbungkus sahaja.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here