Tutup kedai 7 malam: Kerajaan Pahang sedia dana RM2 juta bantu golongan terjejas

1164

Kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas sebanyak RM2 juta sebagai bantuan khas kepada golongan yang terjejas sumber pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan, berikutan penularan wabak COVID-19.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan menerusi Kerajaan Negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu akan diperincikan kemudian.

Foto: Berita Harian

“Kerajaan negeri juga akan mempercepat Bayaran Bantuan Am (Peruntukan Kerajaan Negeri) bulanan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri yang membabitkan 2,895 penerima.



“Ini bermakna Bayaran Bantuan Am (Peruntukan Kerajaan Negeri) untuk bulan April akan dipercepat pembayarannya pada 27 Mac 2020 ini.

“Selain itu, bagi meringanan beban penyewa premis perniagaan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), pihak PKNP akan memberikan kelonggaran tempoh bayaran sewaan premis,” katanya.

Foto: Tourism Pahang

Terdahaulu, kerajaan Pahang mengetatkan larangan Perintah Kawalan Pergerakan dengan menutup beberapa premis perniagaan bermula jam 7 malam di lima daerah positif COVID-19 bermula Sabtu ini.

Antara premis yang perlu menutup operasi bermula jam 7 malam ialah kedai serbaneka 24 jam, kedai makan dan stesen minyak.

Lima daerah itu ialah Kuantan, Pekan, Jerantut, Temerloh dan Bentong berikutan jumlah keseluruhan kes terbaru dicatat pada hari ini ialah 32 kes.

“Penutupan ini bermula jam 7 malam sehingga 7 pagi. Cameron Highlands sudah melaksanakan arahan penutupan premis bermula jam 7 malam sejak semalam,” katanya dalam satu sidang media di Wisma Sri Pahang, semalam.

Beliau berkata, orang ramai diharap dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dengan kekal di rumah masing-masing bagi memastikan tiada peningkatan kes yang ketara dalam masa terdekat.

2 KOMEN

  1. Btol ke ni…harap sgt bantuan dri kerajaan.saya peniaga ttop kedai byk nk kne bayar sewe, api, air..bayaran bulanan sndri dn pendapatan sume trgendale…harap sgt bantuan dri kerajaan…

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here