Perkara yang perlu dilakukan jika motosikal tidak akan digunakan untuk masa yang lama

3598

Dalam kebimbangan mengenai penyebaran virus Corona yang semakin meluas, ramai pemilik motosikal tidak keluar rumah dan menggunakan motosikal. Ini akan menjadikan motosikal tidak akan digunakan untuk masa yang lama.

motosikal tidak digunakan

Walaupun tidak digunakan, itu tidak bermakna pemilik tidak perlu menguruskan motosikal mereka. Walaupun di rumah, pemilik motosikal perlu melakukan penyelenggaraan sendiri.



Ini kerana, prestasi terbaik sesebuah motosikal tidak hanya diperoleh dengan penyelenggaraan rutin yang dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan. Malah, ianya boleh diperoleh melalui penyelenggaraan oleh pemilik motosikal itu sendiri.

Jika motosikal terlalu lama tidak digunakan, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pemilik. Ini kerana, kadang-kadang terdapat komponen atau bahagian yang perlu diperhatikan jika dibiarkan telalu lama, dan dikhuatiri dapat mempengaruhi prestasi sesebuah motosikal. 

Berikut merupakan 5 perkara yang perlu dilakukan jika motosikal tidak akan digunakan untuk masa yang lama:

Sebelum

Motosikal dibasuh terlebih dahulu

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah basuh motosikal terlebih dahulu sebelum disimpan. Ini kerana, biasanya penunggang motosikal akan melalui jalan yang berlumpur, berbau, dan terdedah kepada air yang kotor.

Jika dibiarkan dan motosikal disimpan dalam tempoh yang lama, kesan dari kotoran tersebut akan mempercepatkan timbulnya kesan karat dan risiko yang lain seperti serangga yang boleh merosakkan sesuatu komponen pada motosikal.

Letakkan minyak pada bahagian yang berpotensi untuk berkarat

Kedua, sebelum disismpan, sapukan minyak pelincir pada bahagian-bahagian yang cenderung atau berpotensi timbulnya kesan karat. Contohnya seperti rantai dan bahagian yang menghasilkan geseran.

Parkir menggunakan tongkat dua

Selain itu, termasuk skuter, sebaiknya diparkir menggunakan tongkat dua supaya mudah untuk melakukan proses pemanasan enjin.

Semasa

Panaskan enjin secukupnya

Langkah keempat, panaskan enjin motosikal dengan secukupnya kira-kira suhu enjin mencapai 80-100 darjah Celcius. Akan lebih baik jika hal ini dilakukan pada setiap hari. Untuk mencapai suhu tersebut, panaskan enjin kira-kira 3-4 minit.

Pemanasan enjin bertujuan untuk tetap melancarkan proses peredaran minyak dan untuk proses cas bateri yang terdapat pada motosikal. Sebaiknya, panaskan enjin di tempat yang terbuka.

Selepas

Perhatikan bahagian dalam coverset

Untuk motosikal yang majoriti bahagian luar ditutupi dengan coverset terutama skuter, perhatikan semua bahagian dalam dari coverset tersebut. Ini kerana, jika motosikal tidak digunakan dalam tempoh yang lama, berkemungkinan besar ruangan ini menjadi tempat tinggal bagi haiwan dan serangga seperti tikus dan ular.

1 KOMEN

  1. TERMINAL BATERI molek cabut la, untuk memanjangkan hayat bateri

    MINYAK SLINDER pun harus di tukar kerana akan menghasilkan mendakan jika moto disimpan lama. Elok juga minyak slinder dikosongkan semasa menyimpan, dan di isi semula ketika hendak nenggunakan motor

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here