Ford akan hasilkan 50,000 ventilator dalam tempoh 100 hari

1215

Ford Motor Co menyatakan mereka akan menghasilkan 50,000 ventilator dalam tempoh 100 hari akan datang. Melalui kerjasama dengan unit penjagaan kesihatan dari General Electric, ianya akan dihasilkan di kilang yang terletak di Michigan. 

ford ventilator

Ventilator ini juga dijangka akan dikeluarkan sebanyak 30,000 unit dalam masa sebulan. Dengan anggaran tersebut, ia dijangka akan dapat menampung peralatan yang diperlukan untuk merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19.



Ford berkata, reka bentuk ventilator disederhanakan dan dilesenkan oleh GE Healthcare dari Airon Corp yang berpusat di Florida. Alat bantuan pernafasan ini juga telah mendapat pengesahan dari Food and Drug Administration untuk memenuhi keperluan pesakit Covid-19.

Para pegawai dari setiap negeri yang terjejas kerana pandemik ini telah memohon kepada Presiden AS, Donald Trump, untuk mempercepatkan pengeluaran ventilator bagi menampung tambahan pesakit yang terjejas akibat virus tersebut.

Di hospital New York, satu ventilator terpaksa digunakan kepada dua orang pesakit. New Orlans, sebuah bandar di Louisiana juga hanya mempunyai sebahagian kecil ventilator yang diperlukan untuk mengubati pesakit Covid-19.

Sebelum ini, Presiden Donald Trump berkata, beliau akan memohon kuasa di bawah Akta Pengeluaran Pertahanan untuk mengarahkan pengilang, termasuk Ford dan General Motors Co. untuk mengeluarkan ventilator.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here