PKP: Pencemaran udara di seluruh negara semakin berkurang

3760

Berhubung dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kadar pencemaran udara telah berkurangan dengan ketara di seluruh negara.

pencemaran udara

Menteri Kementerian Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan PKP bukan sahaja dapat memutuskan rantaian virus Corona (Covid-19) malah dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.



“Ia ekoran pengurangan aktiviti seperti pelepasan asap kenderaan, asap cerobong industri dan pembakaran terbuka,” katanya menerusi satu kenyataan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah membuat satu analisis terperinci ke atas beberapa parameter utama iaitu Nitrogen Dioksida (NO2 ), Sulfur Dioksida (SO2), Karbon Monoksida (CO) dan habuk halus bersaiz diameter 2.5 mikron (PM2.5 ).

Pemerhatian telah dilakukan di beberapa stesen pengawasan kualiti udara di Lembah Klang iaitu di Batu Muda, Cheras dan Putrajaya bagi tempoh 1 Mac hingga 30 Mac 2020.

Sejak penguatkuasaan PKP tahap pertama, pola bacaan pencemaran udara bagi NO2, SO2, CO dan PM2.5 bagi ketiga-tiga kawasan tersebut telah berlaku penurunan.

Menteri Kementerian Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Selain itu, Tuan Ibrahim berkata, rakyat dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka untuk mengurangkan risiko cuaca panas dan kering buat masa sekarang.

“Menurut Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sehubungan itu, kerjasama orang ramai juga diminta untuk melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here