Covid-19: Tesla agihkan ventilator percuma untuk hospital di kawasan penghantarannya

1653

Ketua Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk berkata syarikat itu mempunyai ventilator tambahan yang diluluskan oleh (Food and Drug Administration/FDA) Amerika Syarikat (AS). Ventilator ini akan dihantar secara percuma ke hospital di kawasan penghantaran Tesla.

“Peranti dan proses penghantaran adalah percuma. Keperluan kami adalah dimana ventilator ini diperlukan dengan segera untuk pesakit, dan bukan untuk disimpan di gudang. Tolong pastikan saya atau Tesla tahu,” kata Musk menerusi akaun Twitternya.

Tesla tidak memberi komen mengenai berapa banyak ventilator yang ditawarkannya, atau bagaimana syarikat akan memberi keutamaan kepada suatu permintaan.



Kerajaan di seluruh dunia kini merayu kepada pengeluar kereta untuk membantu mendapatkan atau membuat ventilator, serta peralatan perubatan lain pada situasi penyebaran Covid-19 yang begitu cepat.

Sehingga kini, virus itu telah menjangkiti lebih daripada 777,000 orang di seluruh dunia dan membunuh lebih daripada 37,500 orang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here