PKP: Kerja dari rumah atau selang seli – PM

1091

Majikan digalakkan membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah atau secara selang seli bagi selepas kerajaan membenarkan sektor ekonomi dibuka semula.

Imej: The Sun Daily

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah ini juga boleh membantu ibu bapa menyelesaikan masalah penjagaan anak-anak.

“Walaupun pusat penjagaan kanak-kanak akan dibuka dengan mengamalkan standard prosedur operasi (SOP) tertentu tetapi ramai ibu bapa yang masih bimbang untuk menghantar anak-anak ke pusat penjagaan kanak-kanak.



“Kalau majikan boleh membenarkan datang kerja secara selang-seli ia boleh membantu selesaikan masalah ini.

Foto: Bernama

“Jika anak tak perlu dihantar ke pusat jagaan, ia secara tidak langsung memudahkan penjaga mengikut SOP yang ditetapkan ketika penjagaan kanak-kanak,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja di Putrajaya, hari ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here