Projek kereta elektrik batal, James Dyson akui sudah habiskan lebih RM2.6 billion

4266

Orang terkaya di Britain, James Dyson sudah menghabiskan sebanyak £500,000,000 (lebih RM2.6 bilion) untuk membuat sebuah kereta elektrik dimana pada awalnya dikatakan mampu menyaingi Tesla. Akan tetapi, projek kereta elektrik tersebut telah batal pada separuh jalan.

Projek kereta elektrik batal

Projek kereta elektrik Dyson batal kerana mereka belum menemui formula yang tepat untuk mengkomersialkan kereta tersebut.



“Agak sedih dan kecewa. Kami mencuba beberapa perkara dan terus gagal. Hidup ini tidak mudah,” katanya.

Sebelum ini, Dyson merancang untuk memfokuskan pembangunan kereta elektrik gaya SUV. Projek ini bermula pada tahun 2017, dimana pada awalnya terdapat 600 orang yang bekerja dengannya.

Pada tahun 2018, Dyson merancang untuk membuka kilang di Singapura. Kilang tersebut bertujuan untuk membina kereta itu serta baterinya. Tetapi pada Oktober 2019, setelah membelanjakan wang yang banyak, projek itu terpaksa dibatalkan.

Menurut James Dyson melalui e-mail yang dihantar kepada pekerjanya, “walaupun kami telah berusaha dengan bersungguh-sungguh sepanjang proses pembangunan, kami tidak lagi dapat melihat cara untuk menjadikan ia boleh dikomersialkan.”

Dyson berkata bahawa SUV elektrik dengan tujuh tempat duduk milik syarikatnya mampu bergerak dalam jarak 965km dengan sekali cas.

Jarak tersebut sangat mengagumkan jika dibandingkan dengan jentera dari syarikat Elon Musk, Tesla Model S yang mampu mencapai 610km dan Model X yang mampu mencapai 505km dengan sekali pengecasan bateri.

Projek kereta Dyson mempunyai berat 2,359kg dan mempunyai kelajuan maksimum sehingga 200km/j. Jentera ini juga mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.8 saat.

Dyson berkata, untuk mendapat keuntungan dari projek ini, dia perlu menjual satu unit kenderaan ini dengan harga sekitar £150,000 (RM800,000).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here