Utama Berita Automotif Proton Wira jadi lori kelapa, helah pemandu warga asing terbongkar

Proton Wira jadi lori kelapa, helah pemandu warga asing terbongkar

14
Helah seorang pemandu warga asing membawa muatan buah kelapa tanpa dokumen sah menggunakan sebuah Proton Wira terbongkar selepas ditahan dalam Ops Tahun Baharu Cina (2026) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia di KM 1, Jalan Padang Meiha–MBI, semalam.
 
Pemeriksaan sekitar jam 2.20 petang itu mendapati pemandu melakukan pelbagai pelanggaran undang-undang termasuk tiada Lesen Vokasional (CDL), Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta beberapa kesalahan lain melibatkan pemandu dan teknikal kenderaan.
 
 
“Tiga notis JPJ P22 turut dikeluarkan kepada pemilik kenderaan. Kenderaan tersebut juga didapati digunakan untuk mengangkut buah kelapa tanpa dokumen sah, sekali gus menyalahi peraturan serta berpotensi membahayakan pengguna jalan raya.
 
“Motokar berkenaan kemudian disita dan dibawa ke Stesen Penguat Kuasa JPJ Kuala Ketil untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan.
 
JPJ menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat, khususnya sepanjang musim perayaan, bagi memastikan pematuhan undang-undang sentiasa terjamin di sekitar Kulim.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here