Northern Battle Super Gymkhana 2020 pamer bakat drift dan gymkhana Utara!

2462

Gymkhana merupakan salah satu cabang dalam arena sukan permotoran.  Ianya juga dikenali sebagai Motorkhana (New Zealand dan Australia) atau Autotesting (United Kingdom dan Ireland).

Sama seperti autocross, matlamat utama pemandu adalah untuk mencapai masa sepantas yang mungkin dengan menghafal laluan yang diberikan. 



Dengan ini, setiap pemandu memerlukan tiga disiplin penting iaitu kemahiran, daya ingatan serta fokus dalam memastikan mereka tamat dengan pantas.

Baru-baru ini (sebelum tersebarnya pandemik Covid-19) UniSham telah menganjurkan satu program Awesome D’UniShams.

Di dalam program tersebut, Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) dengan tiga penganjur iaitu 86Street, MSL78 dan Brx buat julung kalinya telah berkerjasama dengan menganjurkan Northern Battle Super Gymkhana 2020 yang telah berlangsung pada 14 dan 15 Mac 2020.

Ianya merupakan yang pertama kali juga diadakan di negara ini walapun terpaksa dijalankan secara tertutup disebabkan krisis Coronavirus yang mula menular.

Acara ini tidak terbuka kepada penonton. Sebaliknya, hanya pelumba, krew pasukan dan pihak penganjur sahaja yang akan terlibat.

Sepanjang berlangsungnya acara ini juga, pihak penganjur sentiasa menjalankan pemeriksaan kesihatan serta memberikan langkah-langkah khas yang di berikan ke atas setiap individu agar penularan Coronavirus ini dapat dibendung.

Pada penganjuran kali pertama ini, sebanyak lima kategori telah dipertandingkan dan setiap peserta yang berjaya akan membawa pulang piala sebagai hadiah utama.

Selain itu, acara juga telah dimeriahkan dengan aksi drift dari drifter profesional serta taxi ride sebagai salah satu inisiatif penganjur bagi memeriahkan suasana.

Acara penutup diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan penganjur mengucapkan  jutaan terima kasih kepada pihak UniShams kerana memberi kepercayaan bagi menganjurkan acara ini. 

Tidak dilupakan juga selaku penaja utama hadiah kali ini iaitu Tia Auto kerana sudi menyediakan hadiah menarik kepada semua pemenang.

Senarai pemenang:

Rookie:
1st Diee
2nd Dexter
3rd Hirostaa

Ladies:
1st San San
2nd Alicia

FWD:
1st Marcus siM
2nd Andrew Phua
3rd Chan Lam Thye

RWD:
1st Marcus Sin
2nd Ryan Lim
3rd San San

Open:
1st Marcus Sin
2nd Marcus Sim
3rd Ryan Lim

Gambar: Raziman Sipico & Unit Media UniSham
Teks: Shima Ismail

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here