
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita sebuah Toyota Camry Hibrid selepas lesen kenderaan motor (LKM) disahkan tamat tempoh, selain tiada perlindungan insurans.
Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam, berkata kereta berkenaan dipercayai dibeli secara sambung bayar oleh pemiliknya tanpa menyelidik terlebih dahulu status kenderaan tersebut yang tidak mematuhi undang-undang.
Beliau berkata, kereta itu disita hasil Ops Luxury di Kilometer 1, Jalan Sungai Ular–Taman Bestari, hari ini.
“Berikutan dua keslaahan dilakukan, notis saman dan notis sita dikeluarkan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Kenderaan kemudian dibawa ke Depoh Sita JPJ Cawangan Kulim untuk tindakan lanjut, “ katanya.
Stien berkata, pemilik kenderaan turut dikenakan tindakan kerana membenarkan kesalahan berlaku di jalan raya.































