Guru ini jadikan kereta sebagai papan putih untuk mengajar

1945

Sebagai seorang warga pendidik, tanggungjawab mengajar atau menyampaikan ilmu kepada anak murid adalah satu amanah yang harus dipikul tanpa mengira penat dan lelah.

kereta sebagai papan putih

Meskipun pelajar tinggal jauh dalam kawasan pendalaman, guru pasti tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk membiarkan pelajar di kawasan tersebut tercicir dalam pembelajaran.



Itulah yang dilakukan oleh seorang guru di Iran apabila sanggup memandu kenderaan masuk ke sebuah kawasan pendalaman bagi mengajar satu-satunya pelajarnya yang tinggal di kawasan tersebut.

Lebih menyentuh hati, guru tersebut sanggup gunakan badan kereta miliknya sebagai papan putih bagi sesi pembelajaran tersebut.

https://www.facebook.com/spotlightstoriesofficial/photos/a.1102713293093825/3247863985245401/?type=3

Gambar yang dikongsi laman Facebook Spotlight telah menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi dimana rata-rata warganet memuji pengorbanan guru muda ini dalam mendidik pelajarnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here