Praetorian, bas off-road pertama di dunia oleh Torsus

1634

Secara amnya bas digunakan untuk jalan raya biasa. Tetapi siapa sangka, sebuah bas yang mampu mengharungi semua jalan telah dihasilkan.

Bas off-road pertama di dunia yang disertakan dengan 4WD telah dicipta oleh syarikat pengeluar dari Eropah iaitu Torsus. Jentera tersebut diberi nama Torsus Praetorian

bas offroad



Spesifikasi jentera ini juga sangat mengagumkan. Dalam proses penghasilannya, bas off-road ini dicipta berdasarkan casis dari bas milik syarikat MAN SE yang dikuasakan oleh enjin diesel 6-silinder. Jentera ini mampu menghasilkan sehingga 237bhp dan 924Nm tork.

Praetorian dikatakan mampu mengharungi semua jenis jalan dan hal ini dikuatkan lagi dengan leaf spring yang disertakan, tayar off-road, dan jarak badan jentera dari permukaan jalan iaitu 389mm. 

Torsus Praetorian mampu memuatkan penumpang sebanyak 35 orang. Bagi mengelakkan penumpang rasa bosan, ruangan penumpang pada jentera ini disertakan dengan DVD yang dapat memainkan filem dan seumpamanya.

Bukan hanya agresif dari segi spesifikasi enjin dan bunga tayar yang tebal, Torsus Praetorian juga memenangi anugerah berprestij untuk kategori reka bentuk produk terbaik tahun 2020. Menurut sumber, anugerah tersebut ialah Red Dot Award 2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here