Atuk main Pokemon Go, siap ada 64 telefon pintar pada basikalnya

1446

Seorang warga emas yang berasal dari Taiwan menjadi tumpuan ramai. Dengan umurnya yang kini mencecah 70 tahun, dia yang dikenali sebagai Chen Sanyuan mengubah suai dengan meletakkan 64 buah telefon pintar pada basikalnya.

64 telefon pintar

Apa yang lebih unik lagi, dia mengubah suai basikal tersebut semata-mata untuk bermain permainan dalam talian Pokemon Go



Chen mula obses dengan permainan dalam talian ini, setelah pertama kali diperkenalkan oleh cucunya. Chen juga sanggup membelanjakan banyak wang untuk mengubah suai basikalnya dan keperluan di dalam permainan dalam talian tersebut. Tindakan tersebut disifatkannya sebagai satu “pelaburan”.

Pada tahun 2018, Chen juga telah menjadi tumpuan ramai kerana perkara yang sama. Tetapi pada masa itu basikalnya hanya disertakan dengan 9 buah telefon pintar. Seiring berjalannya waktu, jumlah telefon pintar pada basikalnya semakin banyak bermula dari 9, 11, 32, 45 dan kini 64 buah telefon pintar.

Untuk meletakkan semua telefon pintar tersebut pada basikal, Chen telah mereka sebuah rak 7 tingkat yang diletakkan pada hendal, sehingga bahagian hadapan basikalnya kelihatan seperti ekor burung merak. Menurut sumber, Chen mendapat tajaan dari Asus untuk pengubahsuaian besar-besaran ini.

Hasil dari ubah suai yang dilakukan, berat basikal Chen pada mulanya hanya seberat 10kg telah meningkat kepada 22.5kg.

Apa yang menarik, Chen dilaporkan belum pernah mengalami kemalangan ketika menunggang basikal yang telah diubah suai, walaupun telefon pintar yang terdapat pada basikal tersebut menghalang pandangannya.

Sumber: autoevolution.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here