Kereta convert mengaku kereta original – Komuniti permotoran tak matang?

6763

Anda pasti pernah layari platform jual-beli kereta seperti Mudah.my atau Carlist.my untuk mencari kereta seperti Proton Satria GTi, tetapi lebih banyak terjumpa Proton Satria biasa yang dah “disalin”.

Tajuk iklan: Proton Satria GTi

Maklumat: Proton Satria 1.3 full convert, 4G93, cat Silver GTi, ekzos HKS, adjustable suspension, bla bla..



Apa anda rasa? Kecewa atau sakit hati?

Kalau pembeli yang ada pengetahuan tak mengapa, mungkin tahu bezakan. Tetapi bagaimana jika pembeli itu kurang pengetahuan dan dia terbeli kereta itu kerana menyangka ianya GTi original?

Isu di sini ialah mentaliti. Mengapa kita perlu berpura-pura dan tidak menjadi diri sendiri?

Tidak ada sesiapa pun yang akan ketawakan anda kerana membeli kereta yang bukan versi prestasi, sebaliknya anda berkemungkinan lebih teruk dikecam sekiranya memandu kereta prestasi “jadian”.

Honda Civic FD2 Type-R original. Imej: Wikipedia

Mentaliti ini tidak hanya kepada segmen kereta tertentu, tetapi berlaku pada semua tahap kereta. Bukan setakat Satria mengaku Satria GTi, tetapi juga Honda Civic FD mengaku FD2R, BMW 525i mengaku M5, Mercedes E250 mengaku E63 AMG, malah Lamborghini Aventador mengaku Aventador SV pun ada.

Imej: Bimmerpost

Perkara ini diulas dengan lebih lanjut oleh Irwan Sanei melalui tulisan di Facebooknya seperti di bawah. Kami edit sedikit di mana yang perlu mengikut kesesuaian:

Sekitar 2002, sekumpulan penggemar Mitsubishi Lancer Evolution dengan model seawal Evo 1 hingga 7, dengan varian RS, GSR dan special edition TME, berkumpul untuk mewujudkan MEOC (dibaca: Mitsubishi Evolution Owners’ Club).

Mitsubishi Evo Tommi Makinen Edition. Imej: WhichCar

Di dalam perlembagaan penubuhan dan syarat, ditintakan dengan jelas bahawa HANYA pemilik model EVOLUTION SAHAJA yang LAYAK menjadi ahi berdaftar.

Maka, ramailah bekas bakal-bakal ahli yang memandu Evo-convert dari Lancer nombor casis pangkal CK marah-marah. Rasional mereka, lu orang semua kaya mampu beli Evo ori, kitorang hanya mampu convert, tak adillah macam ni!

Saya respon, lu orang la kaya mampu convert almost 100%. Tapi, kawan-kawan saya yang lain hanya mampu tukar bumper depan dan wing belakang saja, so, depa pun layak jadi ahli MEOC ka?

Ini tiada kena-mengena dengan niat memerli dan menghina penggemar motorsports yang lain! Kelab Evolution biarlah khusus untuk Evolution tulen (rujuk casis dan kad pendaftaran). What is wrong with that?

TAK SAKIT HATIKAH bila kita browse mudah.my atau motortrader.com untuk mencari M3, hasil carian yang keluar 90% adalah 3-series tukar bumper M3 dengan hanya sticker M3? Cari EK9 keluar EK3 dengan enjin B18C. Cari GTR dapat GTT convert bodykit.

Di Jepun, GTT tak akan mengaku GTR walaupun convert 100% siap dengan wide-body kit dan 1,000bhp RB26DETT! GTT atau GTS-tm tetap BUKAN GTR! DC-2 tak akan sama DC2R. F360 dengan bodykit Stradale tetap Ferrari biasa. 911 Carrera 2 tetap tak sama dengan GT3! Escort RS2000 pun jauh dari Escort RS Cosworth.

Memang dari dahulu saya cuba terapkan disiplin (dibaca: integriti) ke dalam minda penggiat industri permotoran. Berbangga dengan varian tanpa cuba memanipulasi orang tambahan pula jika anda mengiklankan kereta anda untuk dijual.

Distortion of facts is A BLATANT LIE. Merekaya fakta itu MENIPU namanya.

Jika kereta anda BMW 320i dengan bodykit M3, tulis 320i.

Jika kereta anda MB C200 dengan bodykit C63, tulis C200.

Jika SUV anda Range Rover Sports dengan estetika SVR, tulis Range Rover Sports.

Jangan claim fakta yang direka-reka.

#irwansanei #tweakautomotive

Ada seorang kawan dulu, baru berjinak mahu main Evo, tanpa bertanya nasihat dan mendengar pendapat, terbeli Lancer convert kerana bagi orang awam, fizikal seiras dan number chassis tak arif, hanya mendengar gorengan penjual. Ini kita panggil apa kalau bukan menipu namanya?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here