Dua Lamborghini Aventador S hampir serupa terlanggar sesama sendiri

3866

Aventador S merupakan jentera ikonik dari syarikat pengeluar dari Itali iaitu Lamborghini. Jentera ini jarang kelihatan di jalan raya kerana ianya rata-rata dimiliki oleh orang-orang yang ternama.

lamborghini Aventador S

Walaubagaimanapun menurut sumber, dua buah lamborghini Aventador S yang kelihatan sama dilaporkan telah mengalami kemalangan di Singapura. 



Kejadian dipercayai berlaku pada hari Ahad, 7 Jun ketika kedua-dua Aventador S tersebut dipandu di jalan sekitar bandar Singapura. Ketika kejadian, Aventador S yang pertama dilanggar dari arah belakang oleh Avantador S kedua.

7jun2020sembawang road#SKW27Y yellow lamborghini aventador S was involved in an accident. previously caught on…

Posted by SG Road Vigilante – SGRV on Sunday, June 7, 2020

Walaupun pemilik kedua-dua jentera itu dengan cepat menanggalkan nombor plat mereka, anggota kumpulan SG Road Vigilante-SGRV di Facebook dapat mengenal pasti kedua-dua jentera tersebut. Setelah kejadian itu, telah muncul sebuah video salah seorang pemilik Aventador S yang memecut laju di bulatan dan memotong sebuah kereta pada 24 Mei lalu.

Kedua-dua Aventador S yang terlibat dalam kemalangan itu mudah dikenali kerana ubah suai yang dilakukan terhadap mereka. Kedua-duanya tidak hanya dicat dengan warna kuning yang sama, tetapi juga menggunakan roda hitam, skirt sisi, bampar belakang, dan spoiler yang sama.

Pihak polis tempatan tiba di lokasi kejadian dan kedua-dua supercar tersebut menggunakan khidmat tunda untuk dihantar pulang. Selain itu, beberapa gambar dan video kedua jentera tersebut telah tersebar di laman sosial.

Berdasarkan gambar dan video, bahagian belakang jentera pertama dan bahagaian hadapan jentera kedua mengalami kerosakan yang teruk. Percikan api juga mungkin muncul kerana setelah mengalami kemalangan, kedua-dua pemilik tersebut dilihat mengeluarkan alat pemadam api.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here