Sempena hari lahir, seorang ayah diberi kejutan memandu supercar

1967

Jentera keluaran Lamborghini dan Ferrari biasan menjadi hiasan poster bilik remaja, atau kalau zaman sekarang, menjadi wallpaper telefon.

Tetapi, peminat produk dari kedua-dua jenama ini tidak semestinya hanya golongan muda, dimana segelintir orang yang lebih berusia turut ingin merasai pengalaman memandu supercar eksotik Itali.

memandu supercar



Walaupun ramai yang tidak dapat membeli dan memilikinya, terdapat banyak tempat di seluruh dunia yang menyediakan perkhidmatan memandu supercar.

Menurut sumber, satu rakaman video telah dibuat oleh saluran Youtube Kishanell, dimana dalam video tersebut, dia ingin memberi kejutan sempena hari lahir bapanya iaitu peluang memandu supercar.

Perhidmatan ini disediakan oleh Drive Supercars, sebuah syarikat di New Zealand dimana video tersebut turut dirakam.

Pada mulanya, dalam keadaan mata yang tertutup, bapa Kishanell dibawa ke litar yang dibarisi supercar, yang sedia untuk dipandu.

Ketika penutup mata dibuka, dia kelihatan sangat terharu dan tidak percaya  bahawa dia akan merasai pengalaman memandu barisan supercar yang berada di hadapan matanya. Dia kemudian dibawa masuk ke sebuah Lamborghini Murcielago untuk dipandu.

Setelah selesai memandu Lamborghini Murcielago yang bewarna kuning tersebut, dia kemudian dibawa untuk ujian memandu sebuah Ferrari F430.

Menerima kejutan itu, ibu bapa Kishanell kelihatan terharu kerana ini merupakan pengalaman yang mungkin sesorang akan rasai sekali sahaja dalam seumur hidup.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here