SF01, sebuah Ferrari yang berharga RM60k, hanya 12 unit di dunia

2708

Bulan Febuari yang lalu merupakan ulang tahun ke-122 pengasas Ferrari iaitu Enzo Ferrari, salah seorang yang mempunyai nama besar dalam dunia automotif.

Dua tahun sebelumnya ketika ulang tahunnya yang ke-120, Ferrari telah memperkenalkan SF01, sebuah basikal edisi terhad dengan beberapa ciri luar biasa.



Basikal ini telah dihasilkan hanya 12 unit, dan setelah dua tahun pelancarannya, basikal ini masih boleh didapati di Ferrari Online Store.

Berharga sekitar USD14,000 (RM59,920) untuk 1 unit, basikal ini dihasilkan melalui kerjasama dengan syarikat pengeluar basikal iaitu Bianchi.

Badan basikal ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan gentian karbon. Keseluruhan berat basikal ini hanya 780g, membuatkannya tersenarai dalam senarai basikal paling ringan.

SF01 ini dilengkapi dengan pelana yang dibuat dari karbon 3K, dan hanya seberat 94g. Ia juga disertakan dengan sistem elektronik Campagnolo Super Record EPS, roda karbon 40mm Fulcrum Speed 40C dan tayar Pirelli P Zero, sama seperti tayar yang terdapat pada jentera Formula 1 pasukan Ferrari.

Basikal ini dihiasi dengan warna Giallo Modena bagi memperingati Enzo Ferrari. Warna ini dicat menggunakan tangan oleh perekanya dan turut disertakan dengan beberapa hiasan grafik.

Sumber: autoevolution.com, store.ferrari.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here