Aston Martin AMV8 Volante milik David Beckham sedia untuk dijual dengan harga RM2.34 juta

2399

Aston Martin AMV8 Volante milik David Beckham, kini diiklankan di Auto Trader dengan harga £445,000 (RM2.34 juta), melalui Aston Martin Works.

david beckham

Aston Martin vintage ini hadir dengan warna merah tua, bahagian dalam yang disertakan dengan kulit bewarna cream, dan enjin dengan pakej X Pack. Enjin X Pack cukup diminati di kalangan peminat Aston Martin.



Dicipta pada tahun 1980-an, enjin X Pack adalah versi terakhir prestasi unggulan enjin V8 Vantage yang mampu meningkatkan kuasa kereta, menjadikannya salah satu kereta dengan prestasi tertinggi pada zamannya.

Bersama dengan enjin X Pack 5.3-liter V8, kereta ini turut disertakan dengan kotak gear manual 5-kelajuan. Ianya mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.3 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 273km/j.

Sebelum ini didaftarkan di bawah plat peribadi David Beckham iaitu ‘DB1001’, Aston Martin AMV8 Volante ini berada dalam keadaan sangat baik dan sedia untuk dijual dengan kadar segera.

david beckham

Kereta ini merupakan salah satu dari 78 kereta yang dipamerkan pada acara London Classic Car pada bulan Febuari lalu.

Ia juga dilengkapi dengan jaminan selama 12 bulan. Jaminan untuk sebuah kereta klasik biasanya dibuat dengan khas terutama untuk kenderaan yang sudah terlalu lama. Jaminan ini mengambil kira risiko kegagalan mekanikal atau elektrik yang lebih tinggi disebabkan oleh faktor usia sesebuah kenderaan.

Aston Martin AMV8 Volante ini juga disediakan dengan roda asalnya. Roda asal kereta ini telah dirawat untuk mengekalkan kecantikan dan keasliannya. Sekarang, keluaran model ini sudah tiada dan sudah tentu penjagaan yang rapi perlu dilakukan pada kereta ini.

 

Sumber: autotrader.co.uk

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here