Ducati perkenalkan e-Scrambler, sebuah basikal elektrik berharga RM18k

1890

Ducati Scrambler merupakan rangkaian motosikal yang mensasarkan golongan muda, kerana saiznya yang lebih kecil, mempunyai gaya retro dan harga yang berpatutan.

Ducati e-Scrambler

Oleh itu, ramai yang beranggapan e-Scrambler yang baru diperkenalkan oleh Ducati ini sebuah scrambler biasa yang disertakan dengan kuasa elektrik. Namun sebenarnya e-Scrambler ini ialah sebuah basikal elektrik, hasil kerjasama Ducati dengan Thok Ebikes.



Ducati e-Scrambler disifatkan sebagai basikal yang sesuai untuk kegunaan harian, sama ada pada jalan raya di bandar atau perkampungan.

Menurut Ducati, e-Scrambler menawarkan pengalaman menunggang yang sama seperti basikal tradisional yang lain kerana mempunyai pusat graviti yang rendah dan rangka badan yang mempunyai dimensi yang sempurna.

Ducati e-Scrambler

Syarikat pengeluar dari Itali tersebut juga berkata mereka menyediakan tiang tempat duduk teleskopik khas untuk meningkatkan keselesaan penunggang.

Ciri ini membolehkan penunggang menaikkan dan menurunkan pelana dengan dengan mudah, selain memastikan keselamatan penunggang semasa berhenti.

Basikal elektrik ini dikuasakan oleh bateri 504Wh yang akan membekalkan tenaga elektrik sebanyak 250watt ke motor Shimano Steps E7000 yang disertakan.

Ia juga disertakan dengan badan yang diperbuat dari aluminium, transmisi 11-kelajuan Sram NX, brek dari Sram dengan empat gegelung omboh, pemegang tangan dan pelana dari Ducati dan tayar Pirelli Cycl-e GT.

Ducati e-Scrambler

Ia juga dilengkapi dengan satu set aksesori lengkap yang penting untuk kegunaan harian termasuk rak barangan, mudguard, tongkat dan lampu isyarat.

Ducati e-Scrambler berharga USD4,280 (RM18,247) di Eropah. Harga tersebut merupakan separuh harga dari sebuah motosikal scrambler dari Ducati iaitu Sixty2.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here