Stefan Bradl sah ganti Marc Marquez pada MotoGP Republik Czech

1497

Pasukan Repsol Honda terpaksa kehilangan khidmat pelumba utama mereka iaitu Marc Marquez menjelang siri perlumbaan MotoGP Republik Czech.

Stefan Bradl

Berikutan kecederaan yang dialami, pasukan Honda secara rasmi mengumumkan pelumba baru untuk menggantikan tempat Marquez.



Pelumba kelahiran Jerman, Stefan Bradl akan berlumba menggantikan Marquez untuk pasukan Honda dalam saingan MotoGP Republik Czech yang akan berlangsung pada 9 Ogos. 

Marc Marquez mengalami kecederaan setelah terlibat kemalangan di litar Jerez semasa MotoGP Sepanyol pada 19 Julai.

Dia kini telah menjalani pembedahan keduanya, dan pasukan Reposl Honda belum mengumumkan bila dia akan dapat kembali beraksi.

Pelumba kelahiran Sepanyol tersebut difahamkan telah mengalami patah tangan kanan dan menjalani pembedahan keduanya kerana kembali merasa sakit setelah selesai sesi latihan MotoGP Andalucia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here