Ini kereta mewah milik penyerang utama pasukan dalam Liga Perdana Inggeris

1849

Liga Perdana Inggeris (EPL) sentiasa memberikan saingan dan perlawanan bola sepak yang menarik. Tidak hairanlah jika liga ini merupakan salah satu liga bola sepak yang paling digemari di Eropah.

Lebih-lebih lagi, beberapa kelab besar bersaing dalam liga tersebut seperti Tottenham Hotspur, Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester United, dan Manchester City.



Beberapa kelab besar ini juga dibarisi pemain bola sepak terkemuka di dunia, antaranya ialah Sergio Aguero, Mohamed Salah, Aubameyang dan beberapa pemain posisi penyerang yang lain.

Mereka bahkan dibayar gaji yang tinggi oleh kelab masing-masing, dan sudah tentu selain kegunaan harian, wang tersebut digunakan untuk membeli rumah dan koleksi kereta mewah.

Jadi, di sini kami akan senaraikan beberapa penyerang utama dalam pasukan di Liga Perdana Inggeris yang memiliki kereta mewah.

  1. Aubameyang – Arsenal

Liga Perdana Inggeris

Pierre-Emerick Aubameyang memang diketahui memiliki beberapa koleksi kereta mewah, tetapi kereta yang paling mahal ialah Ferrari LaFerrari yang berharga sekitar USD1.4 juta (RM5.9 juta).

Ferrari LaFerrari dihasilkan dalam edisi yang terhad, iaitu hanya sebanyak 499 unit.

2. Roberto Firmino – Liverpool

Liga Perdana Inggeris

Bintang pasukan Liverpool, Roberto Firmino juga memilik beberapa kereta mewah. Pemain kelahiran Brazil ini difahamkan memiliki Rolls-Royce Phantom yang berharga sekitar £360,000 (RM1.9 juta).

Kereta mewah ini dikuasakan oleh enjin V12 6.8-liter yang mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.2 saat.

3. Michy Batshuayi – Chelsea

Penyerang Chelsea, Michy Batshuayi juga menggunakan kereta mewah dari Rolls-Royce. Pemain kelahiran Belgium ini memiliki model Dawn yang berharga sekitar £275,000 (RM1.5 juta).

4. Sergio Aguero – Manchester City

Liga Perdana Inggeris

Penyerang pasukan Manchester City dan Argentina, Sergio Aguero memiliki Lamborghini Aventador yang berharga sekitar £271,000 (RM1.49 juta).

5. Mohamed Salah – Liverpool

Selain turut memiliki Lamborghini Aventador, bintang pasukan Liverpool, Mohamed Salah juga difahamkan memiliki sebuah Mercedes-Benz SLS AMG Roadster. Kereta sports mewah ini berharga sekitar £176,000 (RM967,983).

6. Marcus Rashford – Manchester United

Penyerang pasukan Manchester United dan England, Marcus Rashford difahamkan memiliki sebuah Mercedes CLA 45 Coupe yang berharga sekitar £103,000 (RM566,745).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here