Ini pemandu kenderaan pertama catat kelajuan pada 100km/j

1926

Di awal penciptaannya, kereta tidak memiliki kelajuan hingga ratusan km/j. Bahkan Benz Patent-Motorwagen, yang merupakan kereta berkuasa petrol pertama di dunia hanya mampu mencapai kelajuan maksimum 16km/j.

Benz Patent-Motorwagen

Menurut sejarah, terdapat individu pertama yang memandu kereta dan mencapai 100km/j. Beliau ialah pemuda kelahiran Belgium iaitu Camille Jenatzy.

Dia mencatat kelajuan maksimum 105.882km/j dengan memandu La Jamais Contente, sebuah kenderaan yang direka khas olehnya.



kenderaan pertama 100km/j

Kenderaan ini memang dicipta untuk menghasilkan rekod kelajuan pada masa tersebut, berdasarkan reka bentuk badannya yang disertakan dengan aloi ringan.

Kenderaan ini juga dikuasakan oleh dua motor elektrik Postel-Vinay 25kW yang mampu menghasilkan sehingga 124A.

Secara keseluruhan, kenderaan ini mampu menghasilkan output sehingga 68hp.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here