CEO Tesla, Elon Musk kini orang keempat terkaya di dunia

1819

CEO Tesla, Elon Musk kini dikategorikan sebagai orang keempat terkaya di dunia. Dari sekitar 7.8 bilion penduduk di bumi, hanya terdapat tiga orang yang mempunyai harta melebihi Musk.

CEO Tesla Elon Musk

Hal ini bukanlah suatu perkara yang mengejutkan, kerana Musk merupakan pengasas sebuah syarikat pengeluar kereta yang terkemuka di dunia.



Gelaran ini diberikan kepada Musk selepas saham Tesla melonjak 11% pada hari Isnin, 17 Ogos, ditutup pada paras tertinggi dan meningkatkan nilai bersih syarikat tersebut sebanyak USD7.8 bilion (RM32.6 bilion).

Lonjakan ini meningkatkan kekayaan Musk menjadi USD84.8 bilion (RM354.4 bilion).  Hal ini menyebabkan Musk naik ke Indeks Billionaires Bloomberg dalam kedudukan ke-4, melapasi pemegang tempat keempat sebelumnya iaitu hartawan mewah Perancis, Bernard Arnault.

Berdasarkan jumlah harta, Musk kini memerlukan sebanyak USD15 bilion (RM62.7 bilion) untuk menyamai harta milik CEO Facebook, Mark Zuckerberg.

Jeff Bezos kekal sebagai orang terkaya di dunia, diikuti oleh Bill Gates di tempat kedua.

Walaupun kedudukannya di antara orang terkaya di dunia telah meningkat, Musk sebelumnya mengakui bahawa dia ‘benar-benar tidak peduli’ tentang gelaran dan kedudukan tersebut. 

“Gelaran ini akan meningkat dan menurun, tetapi yang paling penting ialah membuat produk hebat yang disukai orang”, kata Musk.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here