“Tahu pula dia buat macam tu,” Beruang ini secara spontan buka pintu kereta

1950

Beruang madu (Ursus malayanus), juga dikenali sebagai beruang matahari merupakan beruang yang kebanyakannya terdapat di hutan hujan tropika Asia Tenggara.

Haiwan ini juga dikatakan mempunyai peranan yang penting dalam seni dan kebudayaan manusia kerana memiliki rupa paras yang menarik.



Namun begitu, spesis beruang ini juga turut terancam disebabkan oleh beberapa faktor seperti pemburuan haram dimana anggota badan haiwan ini telah diperdagangkan secara haram.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh sebuah akaun Twitter iaitu @Theory901, dimana terdapat seekor beruang yang sedang berjalan di atas jalan raya.

Menerusi Tweet tersebut, haiwan tersebut kelihatan sedang menghampiri sebuah kereta berjenama Mercedes yang sedang diparkir pada tempat letak kenderaan.

Lebih melucukan apabila beruang tersebut secara spontan membuka pintu kereta berkenaan secara tiba-tiba dengan hanya sekali percubaan seolah-olah dia telah dilatih untuk membuka pintu kenderaan.

beruang pintu kereta

Jika dilihat melalui video perkongsian berkenaan, terdapat beberapa orang yang sedang menjerit kearah haiwan tersebut kerana terkejut dengan tindakan berani dan selamba beruang berkenaan.

Video ini telah menerima sebanyak 4.3 juta tontonan dan 78.5 ribu retweet ketika artikel ini ditulis.

Perkongsian ini juga mencetuskan gelak tawa warga netizen setelah melihat video berkenaan yang rata-ratanya terhibur melihat reaksi binatang tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here