Penunggang motosikal kena tendang oleh anggota trafik, ini komen Pesuruhjaya Polis Sarawak

1629

Polis Sarawak menjalankan siasatan berikutan tular sebuah video yang memaparkan seorang anggota polis trafik menendang seorang penunggang motosikal.

tendang penunggang motosikal

Kejadian tersebut melibatkan seorang anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dan difahamkan berlaku di di Jalan Temple ketika anggota polis berkenaan melakukan pemeriksaan mengejut ‘Op Motosikal’.



Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas anggota terbabit sekiranya dia didapati bersalah atas perbuatan itu.

“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan namun tindakan akan diambil jika dia didapati cuai atau bertindak agresif ketika menjalankan tugas,” katanya.

Kejadian itu dirakam orang awam dan tular di media sosial sekali gus mengundang pelbagai reaksi warganet.

Viral | Polis tendang motosikal yang membuat pusingan "U" cuba melarikan diri dari sekatan polis.

Video tular menunjukkan Polis sedang menjalankan sekatan jalan raya di Jalan Temple di Sibu, Sarawak. Ekoran itu, seorang penunggang motosikal jatuh selepas ditendang oleh salah seorang polis.#JagaJarakSosial #NormaBaharu #KitaMestiMenang #KitaJagaKita #tvpertiwi #DenyutJantungUmmahTelegram : https://t.me/tvpertiwiInstagram : https://www.instagram.com/tvpertiwi/

Posted by TV Pertiwi on Wednesday, August 26, 2020

Rakaman video berdurasi 20 saat itu memaparkan seorang anggota trafik menendang penunggang motosikal yang membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba kerana mengelak ditahan untuk tujuan pemeriksaan.

Penunggang tersebut kelihatan enggan memberhentikan motosikalnya menyebabkan anggota polis terpaksa bertindak sedemikian.

Aidi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati penunggang motosikal terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal tamat tempoh.

“Penunggang motosikal terbabit juga akan dikenakan tindakan saman kerana menunggang mel4wan arus dan ubah suai ekzos,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here