Lalu bawah jambatan rendah, kereta api ini rosak teruk bersama kerata baru di dalamnya

2488

Kereta api merupakan salah satu kenderaan pengangkutan pilihan untuk proses penghantaran kereta baru ke sesuatu destinasi.

kereta api kereta baru

Dengan jumlah kereta yang dibawa sangat banyak, pemandunya perlu berhati-hati semasa mengendalikan kereta api ini. Sekurang-kurangnya, mereka perlu mengenalpasti dan tahu tentang laluan yang akan dilalui.



Sekiranya cuai, kereta api tersebut berkemungkinan akan rosak teruk bersama dengan barang yang dibawanya, seperti dalam video yang dimuat naik oleh Instagram superautos365.

Video tersebut memaparkan sebuah kereta api melalui satu jambatan. Oleh kerana jambatan tersebut terlalu rendah, bumbung kereta api tersebut rosak dan terbuka.

Kejadian ini tidak disedari oleh pemandunya, bahkan dia meningkatkan kelajuan sehingga merosakkan beberapa buah kereta baru yang berada dalam kereta api tersebut.

kereta api kereta baru

Majoriti kereta baru tersebut yang terdiri dari Lincoln Nautilus dan beberapa buah Ford Explorer rosak teruk, terutama pada bahagian atap.

Kejadian ini difahamkan berlaku di Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat. Kereta api yang terlibat ialah dari syarikat Norfolk Southern dan Canadian Pacific Railway.

Anggaran kerugian kejadian ini mencecah sehingga USD2 juta (RM8.2 juta).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here