Mobile Charging Unit, ‘power bank’ Porsche yang mampu cas 30 unit Taycan

1174

Majoriti pengguna telefon pintar mempunyai power bank untuk mengecas telefon ketika sedang melakukan perjalanan. Tetapi bagaimana pula jika anda ke sesuatu tempat yang jauh menggunakan kereta elektrik, dan tidak tersedia pusat pengecasan untuknya?

Untuk masalah ini, Porsche ada jalan penyelesaiannya, dan ia merupakan suatu benda yang anda boleh bawa ke mana sahaja jika anda memerlukannya.



Porsche memperkenalkan beberapa gambar ‘power bank‘ untuk kereta elektrik mereka, yang diberi nama sebagai Mobile Charging Unit. ‘Power bank‘ ini akan ditarik menggunakan trak, ke mana sahaja mereka menganjurkan acara memandu bagi model Taycan.

Mobile Charging Unit porsche

Dalam acara tersebut, syarikat pengeluar dari Jerman ini memberi peluang kepada pelanggannya di seluruh Eropah untuk merasai pengalaman memandu model Taycan.

Jadi, kemudahan ini dicipta kerana jika ingin menganjurkan acara tersebut, mereka memerlukan pusat pengecasan kereta elektrik hampir setiap tempat untuk mengecas semula model Taycan.

Mobile Charging Unit porsche

“Kami sekarang menggunakan trak di banyak acara di seluruh Eropah dan telah menggunakan sekitar 5,000 operasi pengecasan,” kata Ragnar Schulte, Pengarah Eksperimen Pemasaran di Porsche.

“Kadang-kadang ianya dibuat pada suhu yang melampau hingga negatif 40 darjah Celcius. Oleh itu, prestasi mereka telah dicuba dan diuji,” tambahnya.

Mobile Charging Unit dari Porsche ini dicipta oleh syarikat dari Jerman yang dikenali sebagai ads-tec. Kemudahan ini pada asanya ialah satu pek bateri yang sangat besar dengan sistem pengagihan kuasa yang membolehkan 10 unit Taycan dicas dalam satu masa.

Ianya juga mempunyai rating sehingga 3.2 megawatt. Oleh itu, dengan kapasiti 2.1 megawatt/jam, Mobile Charging Unit mampu mengecas sekitar 30 unit model Taycan dalam masa 4 jam untuk seunit.

Porsche baru-baru ini menggunakan sistem pengecasan ini di Litar Hungaroring, Budapest. Dengan peranti ini, pengguna Porsche Taycan dapat menguji dan memandu Taycan secara bebas di litar tanpa perlu bimbang kehabisan bateri.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here