Bonus RM53k untuk setiap petugas pasukan jika Mercedes juara F1 2020

1509

Kesemua 1,200 petugas Mercedes akan diberi bonus sekurang-kurangnya £10,000 (RM53,760) jika pasukan Lewis Hamilton itu berjaya muncul juara Formula 1 untuk kali ke-7 berturut-turut.

mercedes formula 1

Bagi mengesahkan kejuaraan, pendahulu, Hamilton atau rakan sepasukannya Valtteri Bottas hanya perlu menduduki tempat keempat di Grand Prix in San Marino yang akan berlangsung di litar San Marino.



Hamilton juga bahkan berpeluang untuk mengesahkan gelaran dunia ketujuhnya seawal GP Turki dengan baki tiga perlumbaan.

Mercedes kini mendahului Red Bull dengan 209 mata dengan 220 lagi boleh diperolehi.

mercedes formula 1

Mercedes kini muncul pasukan keempat Formula 1 paling berjaya tetapi boleh mengatasi Williams dengan dua lagi kemenangan.

Walau bagaimanapun, bekas juara 1996, Damon Hill berkata Hamilton mungkin boleh menjuarai 10 gelaran dunia tetapi statusnya sebagai yang terhebat boleh dipersoalkan kerana ketiadaan pencabar sebenar.

Menurut Hill, Hamilton perlu dicabar dan menewaskan pemandu lain yang sama taraf dengannya jika mahu melenyapkan sebarang kritikan.

“Terdapat risiko pencapaian Lewis yang boleh dianggap kurangnya intensiti saingan,” kata Hill yang menewaskan Schumacher untuk muncul juara.

“Mercedes jelas mendominasi era ini tetapi Lewis tidak tercabar.”

Hamilton kini mendahului 77 mata di hadapan pencabar terdekat, Bottas yang bersetuju untuk kekal bersama pasukan tahun depan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here