JPJ Kedah: Bidaan nombor pendaftaran KFA dibuka, dijangka jadi rebutan

1817

Bermula esok hingga Isnin depan, bidaan bagi siri nombor pendaftaran KFA akan dibuka di talian Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid).

Bidaan siri nombor pendaftaran ini dijangka menjadi rebutan, dan mampu mengutip hasil bidaan sehingga mencecah melebihi RM2 juta.



Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ismasuhaimi Sharif, pihaknya percaya orang ramai terutamanya penyokong dan peminat pasukan Kedah tidak akan melepaskan peluang ini untuk mendapatkan nombor siri pendaftaran kegemaran mereka kerana sinonim dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

nombor pendaftaran KFA

Menurutnya, sebelum ini terdapat sebuah syarikat yang mahu mendapatkan tender semua nombor siri KFA kerana mahu menjualnya sendiri namun tidak dibenarkan oleh pihaknya.

Tender nombor siri 1 hingga 9999 difahamkan akan dibuka kepada orang ramai, kecuali nombor 8 kerana nombor ini sudah dikhaskan kuota untuk seorang orang kenamaan (VVIP).

nombor pendaftaran KFA

Siri nombor pendaftaran ini boleh dibida dengan harga RM300 bagi nombor biasa, RM3,000 bagi nombor menarik dan RM20,000 bagi kategori nombor bernilai utama iaitu 1 hingga 10 dengan kenaikan bidaan minimum bermula RM1,000.

Orang ramai boleh membuat bidaan KFA di JPJeBid bermula jam 12 tengah malam 12 November hingga 11.59 malam 16 November ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here