AirAsia Japan failkan muflis

1438

AirAsia Japan Co Ltd (AAJ) yang merupakan syarikat bersekutu 33 peratus milik AirAsia Group Bhd di Jepun difahamkan memfailkan muflis.

airasia japan

Difahamkan, mereka membuat keputusan tersebut kerana penurunan permintaan daripada pelanggan disebabkan sekatan pergerakan keluar masuk susulan penularan pandemik Covid-19.



Jumlah kos pelaburan di syarikat tersebut juga difahamkan merosot sepenuhnya. Mereka akan mengumumkan secara rasmi tentang butiran tuntutan dan kesan kewangan kepada syarikat di bawah proses kemuflisan.

Pada Oktober lalu, AirAsia Japan menghentikan semua operasi mereka kerana keadaan dunia yang diserang pandemik Covid-19.

Syarikat yang mula ditubuhkan pada tahun 2014 ini difahamkan memiliki tiga pesawat dan turut mengoperasikan penerbangan domestik dan antarabangsa dari pangkalannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair, Nagoya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here