Jatuhkan kereta dari ketinggian 30 meter! Ini cara Volvo bantu selamatkan nyawa anda

2010

Ini merupakan ujian perlanggaran paling ekstrem pernah dilakukan Volvo Cars, dan satu ujian yang penting. Pakar-pakar penyelamat selalu menggunakan kereta-kereta yang telah remuk di Volvo Cars Safety Centre untuk mengasah kemahiran mereka menyelamat.

Untuk membantu pasukan penyelamat bersedia menghadapi sebarang bentuk situasi dan menunjukkan kesan yang berlaku pada kereta dalam kemalangan, Volvo Cars baru-baru ini telah menggunakan cara ekstrem.



Untuk pertama kali, mereka telah menjatuhkan beberapa buah kereta Volvo sebanyak beberapa kali dari sebuah kren, dari ketinggian 30 meter. Antaranya adalah XC40 dan V90 Cross Country.

Cara ini membantu mewujudkan kerosakan yang cukup untuk mensimulasikan kerosakan dalam situasi-situasi kemalangan serius. Sebagai contoh perlanggaran dari kelajuan tinggi, kereta melanggar lori, atau kemalangan kereta dilanggar dari sisi.

Dalam keadaan sebegini, penumpang dalam kereta biasanya dalam keadaan kritikal. Jadi keutamaan ialah mengeluarkan mereka dari kenderaan dan membawa mereka ke hospital secepat mungkin. Antara yang digunakan adalah alat hidraulik yang juga dikenali sebagai jaws of life.

Pasukan penyelamat sering bercakap mengenai jam keemasan: mereka perlu mengeluarkan mangsa dan membawa mereka ke hospital dalam masa satu jam selepas berlaku kemalangan.

Semua hasil dan dapatan dari kerosakan kereta-kereta ini akan dikumpul untuk laporan kajian. Laporan ini juga akan didedahkan secara percuma untuk pekerja-pekerja penyelamat di seluruh dunia, membantu memberi manfaat kepada mereka.

Sebanyak 10 buah Volvo pelbagai model dijatuhkan dari kren untuk aktiviti ini, kebanyakan unit ini juga dijatuhkan beberapa kali.

Sebelum dijatuhkan, pasukan jurutera dari Volvo Cars membuat perkiraan tepat tentang berapa banyak tekanan dan daya akan dikenakan pada setiap kereta untuk mendapat tahap kerosakan yang diingini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here