Pokok pisang bongkar rahsia pemandu Toyota Vios

1277

Seorang pemandu yang bertindak membawa sebatang pokok pisang menggunakan Toyota Vios mengundang padah apabila tindakannya membongkar semua kesalahan trafik yang pernah dilakukannya.

vios pokok pisang

Video lelaki berkenaan yang memandu dengan membawa sebatang pokok pisang secara melintang itu tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi dari pengguna jalan raya yang lain.



Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, lelaki berusia 30 tahun itu akhirnya menyerah diri di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan rekod saman lampau, pemandu berkenaan memiliki 18 saman trafik termasuk empat waran tangkap dan 10 saman tidak boleh dikompaun, katanya.

Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di Jalan Persiaran Utama, Taman Mutiara Rini, Skudai, jam 2 petang pada Sabtu.

Video tular berdurasi 54 saat itu memaparkan rakaman pemandu yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu Toyota Vios kerana membahayakan pengguna jalan raya lain.

Zulkhairi berkata, pemandu itu disaman mengikut Kaedah 20 LN. 166/59 atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai.

Katanya, pemandu berkenaan juga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi semalam untuk menyelesaikan kes saman lampau yang berstatus waran tangkap.

“Secara keseluruhannya saman yang diselesaikan ialah sebanyak enam saman bernilai RM1,200.

“Kereta berkenaan disita mengikut bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen sehingga pemilik sah kenderaan hadir untuk diambil tindakan selanjutnya, katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here