Projek lebuhraya CSR, KBKK dijangka siap pada 2025

6687

Projek Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dari Bentong, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan dan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini sedang giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.



Projek CSR dari Bentong ke Kuala Krai sejauh 295.7km dan KBKK sejauh 67.6km membabitkan beberapa pakej dengan jumlah keseluruhan kos diluluskan adalah RM9.5 bilion.

“Projek CSR dibahagikan kepada lima pakej. Jajaran CSR yang sudah siap dan boleh digunakan adalah dari Merapoh ke Kampung Seberang Jelai sepanjang 62km iaitu 21 peratus daripada keseluruhan jajaran CSR.

lebuhraya csr kbkk

“Sebahagian jajaran KBKK sudah siap digunakan adalah dari Pasir Hor ke Ketereh sepanjang 13.85km iaitu 20 peratus daripada keseluruhan jajaran KBKK, katanya.

Tambah Mustapa, pada 2021 sejumlah RM821 juta diperuntukkan untuk projek CSR dan KBKK.

Daripada jumlah berkenaan, RM165 juta untuk pelaksanaan projek KBKK manakala bagi projek CSR di Kelantan sebanyak RM270 juta diperuntukkan pada tahun depan manakala RM380 juta bagi CSR di Pahang.

lebuhraya csr kbkk

“Apabila keseluruhan CSR dan Lebuhraya KBKK siap kelak, ia dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan terutama ketika waktu puncak, hujung minggu dan musim perayaan.

“Pada masa sama, ia boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan di kawasan berkenaan, katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here