Kementerian Pengangkutan sedia teliti cadangan penggunaan ‘dashcam’ pada kenderaan penguatkuasaan

1194

Cadangan penggunaan kamera perakam video atau dashcam bagi kenderaan agensi penguatkuasaan akan diteliti oleh Kementerian Pengangkutan.

dashcam kenderaan penguatkuasaan

Menurut Timbalan Menterinya, Hasbi Habibollah, perbincangan bersama agensi penguat kuasa itu akan menjurus kepada aspek memastikan syor berkenaan sah dari segi undang-undang dan boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah.



Katanya, kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana syarikat membekalkan alat atau peranti yang boleh digunakan sebagai bukti proses perundangan.

“Kita sedar ada negara yang boleh dijadikan rujukan seperti United Kingdom, Perancis dan Russia, tetapi negara seperti Austria tidak benarkan manakala Switzerland tidak menggalakkannya kerana ia melanggar hak persendirian, katanya.

“Bagaimanapun, penggunaan ini (dashcam) membawa manfaat dan kita sedar ia membantu agensi membuat siasatan.

“Kita boleh duduk bersama, berbincang dengan agensi (penguatkuasaan) bagaimana untuk membenarkannya mengikut undang-undang.

Tambah Hasbi, secara dasarnya tiada halangan kepada mana-mana pemilik kenderaan persendirian atau perdagangan memasang dashcam.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak boleh menyebabkan pengubahsuaian atau menjejaskan fungsi sistem keselamatan sedia ada pada kenderaan.

“Pemasangan dashcam juga tidak boleh mengganggu tumpuan dan fokus pemandu ketika di jalan raya.

“Kementerian belum bercadang mewajibkan pemasangan kamera dashboard dalam kenderaan, memandangkan ada beberapa perkara penting perlu diperhalusi.

“Ia membabitkan aspek tiada piawaian di peringkat antarabangsa atau tempatan bagi menetapkan spesifikasi pemasangan kamera dashboard dalam kenderaan, katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here