Utama Berita Automotif Berita Tempatan Polis dedah ‘microsleep’ punca kemalangan babitkan Syafiq Ahmad

Polis dedah ‘microsleep’ punca kemalangan babitkan Syafiq Ahmad

3151
Menurut siasatan pihak polis, penyerang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, 25, yang terlibat dalam kemalangan di KM 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap awal pagi Ahad dipercayai terlelap (microsleep) semasa memandu.
Syafiq Ahmad
Beliau yang memandu MPV Toyota Vellfire dipercayai hilang kawalan semasa memandu dan terbabas melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan.
 
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, kenderaan itu kemudian terbalik dan terseret hingga lebih kurang 90 kaki berdasarkan kesan calar di atas jalan raya.
Syafiq Ahmad
Siasatan juga mendapati ketika kejadian, cuaca baik dan kemalangan berlaku di jalan lurus, rata, bertar, tiga lorong (satu lorong susur keluar ke Tol Jawi), satu hala, jalan kering dan kawasan gelap berlampu.
 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Lee berkata, bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa di Hospital Sungai Bakap mendapati punca kematian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan dan kepala.
 
Tambah Lee, polis turut mengambil sampel darah pemandu bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here