Bapa OKU terharu terima hadiah Perodua Bezza daripada anak-anak

1860

Jasa ibu bapa tidak mungkin dapat dibalas oleh anak-anak. Jika dikira jasa ibu bapa, pasti ia takkan terbalas. Lebih dari buih-buih di lautan, begitu banyaknya jasa mereka terhadap kita.

Namun mungkin kita sebagai seorang anak boleh ikhtiarkan sesuatu bagi memudahkan urusan mereka dalam menjalani kehidupan seharian, seperti kisah yang akan kami kongsikan ini.



Seorang bapa yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) menitiskan air mata sebaik sahaja menerima hadiah berupa sebuah Perodua Bezza dari anak-anaknya.

Salah seorang daripada anak itu yang dikenali sebagai Roslina Othman berkata, kejutan dibuat di sebuah pusat pameran kereta di Kuala Terengganu dan hadiah itu juga adalah hasil perkongsian adik-beradik bagi memenuhi impian bapa mereka yang berusia 57 tahun untuk memiliki kereta baharu.

hadiah perodua bezza

Menurut Roslina, kereta bapanya sebelum ini merupakan kereta terpakai, dan keadaannya tidaklah begitu baik sehingga perlu dibaiki. Setelah berbincang, Roslina dan adik beradiknya bersepakat untuk membeli sebuah kereta yang lebih lebih selesa.

Roslina juga meluahkan rasa syukur apabila hasrat yang dirancangkan bersama adik-beradiknya tersebut tercapai dan dipermudahkan segala urusan.

“Kami bawa ayah pergi showroom untuk survey kereta baharu. Ayah sudah tentu excited lebih-lebih lagi dia pernah cakap teringin nak ada kereta Perodua Bezza macam kereta ayah saudara saya.

“Tapi ayah tak tahu sebenarnya kereta tu sudah dibeli, dan hanya tinggal serah kunci. Sebab itulah berkali-kali dia tak percaya sebab tak sangka kunjungan dia ke showroom tu sebenarnya terus dapat kereta, katanya.

Roslina juga menyifatkan walaupun bapanya OKU tapi beliau komited dalam membesarkan mereka adik-beradik, dengan bekerja sebagai pemandu lori.

“Ayah sebenarnya susah menangis. Kali terakhir ayah menangis sewaktu ibu dan bapanya meninggal dunia pada 2018 dan 2014.

“Bila kami tengok ayah menangis semasa kejutan dapat kereta baharu tu memang tak sangka sangat. Kami adik-beradik pun turut menangis tengok reaksi ayah, kata Roslina.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here