Melaka perkenalkan Bas Singgah-Singgah bermula Januari 2021

1549

Bas bercirikan pelancongan yang dinamakan Bas Singgah-Singgah bakal diperkenalkan oleh kerajaan negeri Melaka.

bas singgah-singgah
gambar hiasan

Usaha ini dihasilkan menerusi syarikat pengendali perkhidmatan bas Panorama Melaka Sdn Bhd (Panorama), yang akan menjalin usaha sama dengan sebuah syarikat swasta di ibu negara.

Menurut EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri, Datuk Roslan Ahmad, perkara itu bakal dimuktamadkan selepas syarikat pengangkutan awam negeri itu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat swasta berkenaan, minggu depan.



Katanya, beliau sudah mengadakan perbincangan awal bersama EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis mengenai usaha mewujudkan Bas Singgah-Singgah itu.

“Bas ini akan dilancarkan awal tahun hadapan dan MoU berkenaan pula diadakan akan diadakan di Langkawi minggu depan.

“Bas berkenaan kelak akan menggunakan sistem elektrik sepenuhnya dengan kemudahan jalur lebar (WiFi) serta bercirikan santai, katanya.

Mengulas lanjut, Roslan berkata, berdasarkan perancangan awal, bas terbabit akan melalui beberapa pusat hentian (pitstop) di sekitar kawasan hab pelancongan di bandar Melaka.

Katanya, bagi peringkat permulaan, sebanyak tiga bas disediakan dengan dilengkapi dengan dua komponen, iaitu ruang berhawa dingin dan ciri terbuka di dinding yang terletak di bahagian belakang bas.

bas singgah-singgah

“Bas itu akan bermula di Melaka Sentral dan melalui 14 hentian termasuk Zoo Melaka dan beberapa tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sehingga ke Klebang.

“Ia akan menggunakan kad prabayar yang boleh ditambah nilai di semua pusat hentian.

“Kita akan mulakan dengan tiga unit bas terlebih, sekiranya perkhidmatan itu diterima baik, kita akan tambah mengikut keperluan, tambah Roslan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here