Lamborghini Aventador SVJ milik Benjamin Mendy berkemungkinan akan dihancurkan oleh polis UK

1735

Lamborghini Aventador SVJ yang dimiliki oleh pemain Manchester City, Benjamin Mendy berkemungkinan akan dihancurkan oleh pihak polis di United Kingdom.

Mendy difahamkan membeli Aventador SVJ tersebut di Perancis dan mengimportnya ke United Kingdom. Dia kemudian telah ditahan oleh pihak polis pada 5 November kerana memandu supercar tersebut tanpa insurans dan lesen memandu yang sah.



Supercar tersebut telah disita dan Mendy kini sedang dalam usaha untuk mendapatkannya kembali sebelum ia dihancurkan oleh pihak polis.

Aventador SVJ benjamin mendy

Di United Kingdom, kereta yang disita oleh pihak polis biasanya akan disimpan selama 14 hari. Pemilik yang ingin mendapatkan semula kereta perlu memberikan dokumen yang diperlukan.

Sekiranya sesebuah kereta tidak dituntut dalam jangka masa tersebut, ia akan dilelong ataupun dihacurkan. Pada 4 Disember atau setelah 20 hari Aventador SVJ tersebut disita, Benjamin Mendy difahamkan masih belum membuat tuntutan terhadap supercar tersebut.

Aventador SVJ benjamin mendy

“Mendy ialah seorang pemain bola sepak yang hebat tetapi dia tidak hebat dalam hal birokrasi seperti kertas kerja, kata suatu sumber yang tidak didedahkan.

“Dia tidak menyedari kereta tersebut tidak memiliki insuran, dan itu merupakan kesalahan yang besar dari pihak Mendy. Dia berusaha mendapatkan kembali supercar tersebut tetapi hakikatnya sekarang 20 hari sejak supercar tersebut disita, ia berkemungkinan akan dimusnahkan.

“Pihak polis tahu dia meninginkannya kembali tetapi hanya setelah dia memberikan dokumen yang diperlukan, tambah sumber tersebut.

Untuk makluman, Benjamin Mendy mempunyai kontrak 5 tahun bernilai USD69 juta (RM279.5 juta) bersama Manchester City dan dengan jumlah wang tersebut, dia dapat membeli apa sahaja yang dia mahukan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here