Yamaha Aerox 155 Connected edisi MotoGP untuk Indonesia, harga RM8.4k

2003

Tidak berapa lama setelah memperkenalkan model Aerox Connected, PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) kini memperkenalkan varian baharu dari model tersebut iaitu Yamaha Aerox 155 Connected edisi MotoGP.

Yamaha Aerox 155 Connected edisi MotoGP

Varian baharu ini tidak menapilkan begitu banyak perubahan, dimana Aerox 155 Connected kini disertakan dengan coverset Monster Energy Yamaha MotoGP, yang diilhamkan dari jentera MotoGP yang digunakan oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales.



Yamaha Aerox 155 Connected edisi MotoGP

Selain coverset khas tersebut, varian baharu ini turut dihiasi dengan lencana Yamaha keemasan (Yamaha Gold Emblem) yang memberikannya nilai yang eksklusif.

Aerox 155 Connected/ABS MotoGP Edition mula dijual pada harga RP29.5 juta (RM8,460). Skuter ini mampu menghasilkan output sehingga 15hp pada 8,000 rpm dan 13.9Nm tork pada 6,500 rpm. 

Enjin All New Aerox 155 Connected juga dilengkapi dengan Smart Motor Generator (SMG) yang akan menghasilkan bunyi lebih perlahan apabila skuter dihidupkan dan Stop and Start System (SSS) yang mengurangkan penggunaan bahan bakar yang tidak diperlukan ketika skuter berhenti.

Selain Aerox 155 Connected/ABS, varian edisi MotoGP juga diperkenalkan pada model Yamaha lain seperti YZF-R25, YZF-R15, Vixion serba baharu dan MX King 150.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here