Lancar operasi fokus motosikal lakukan kesalahan lalu lintas – PDRM

2266

Operasi secara besar-besaran ke atas penunggang motosikal yang melakukan kesalahan lalu lintas bakal dilancarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

operasi  motosikal
gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu akan menumpukan motosikal berkuasa tinggi dan bawah 150cc.

Beliau berkata, operasi akan memfokus kepada penunggang yang melakukan pengubahsuaian terhadap motosikal sehingga mengganggu ketenteraman awam.



“Ramai orang mengadu bahawa golongan itu mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi ekzos terlalu bising apabila menghidupkan motosikal yang diubah suai.

“Golongan terbabit juga didakwa mengganggu lalu lintas sehingga menyebabkan pengguna jalan raya lain terpaksa memberi laluan kepada mereka kerana berkonvoi dalam jumlah yang ramai,” kata Abdul Hamid.

Malah, Abdul Hamid menegaskan, penunggang motosikal menyumbang angka kemalangan yang tertinggi di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador

“Sudah-sudahlah mereka memulas pendikit motosikal yang diubah suai sehingga mengganggu orang ramai dengan bunyi bising itu.

“Saya sudah mengarahkan JSPT untuk melancarkan operasi besar-besaran. Tiada kompromi lagi.

“Motosikal yang diubah suai akan dirampas, dan pihak terbabit mesti mengubah kenderaan mereka itu seperti asal semula,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here