Utama Berita Automotif Berita Tempatan PKP 2.0: Prasarana nafi keadaan sesak dalam tren monorel

PKP 2.0: Prasarana nafi keadaan sesak dalam tren monorel

1242
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyifatkan laporan berita oleh sebuah portal media sebagai mengelirukan dengan memaparkan keadaan sesak di dalam sebuah tren monorel ketika Kuala Lumpur dan Selangor dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

tren monorel prasarana

Syarikat tersebut turut mempelawa media melakukan tinjauan sendiri di stesen monorel supaya mereka boleh melihat keadaan sebenar.
 
“Kami melahirkan rasa sangsi bahawa gambar berkenaan dirakam ketika PKP yang bermula pada 13 Januari lepas,” kata Prasarana.
 
“Pihak kami sentiasa memantau keadaan semasa dalam semua perkhidmatan rel kami – MRT, LRT dan Monorel dan sepanjang pengetahuan kami tidak pernah berlaku kesesakan atau ‘overcrowding‘ seperti yang dinyatakan oleh laporan berkenaan,” tambahnya.
Prasarana menegaskan semua perkhidmatan rel Rapid KL beroperasi dengan mematuhi rapi syarat prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan.
 
Sebuah portal berita sebelum ini menyiarkan artikel disertai foto tidak bertarikh memaparkan keadaan penumpang di dalam sebuah tren monorel dengan tajuk ‘KL under MCO, but monorail packed to the brim during rush hour‘.
 
Artikel berkenaan menyebut gambar-gambar itu dihantar seorang penumpang tidak bernama mempersoalkan mengapa keadaan itu berlaku ketika Kuala Lumpur dan Selangor dalam tempoh PKP.
 
Sementara itu, Prasarana berkata jumlah penumpang monorel jatuh mendadak kepada lebih kurang 10,000 penumpang sehari secara purata sejak PKP tahun ini bermula berbanding 46,000 sehari pada tahun 2019 sebelum negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here