PKP 2.0: Penghantar makanan perlu surat majikan atau kebenaran polis untuk lalu sekatan jalan raya

1082

Penghantar makanan perlu mendapatkan surat kebenaran kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau surat pengesahan dari majikan untuk melalui sekatan jalan raya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu sudah diputuskan hasil perbincangan pihaknya dengan PDRM.



“Kita tahu tidak semua penghantar makanan adalah (bekerja dengan) syarikat popular yang besar. Di bandar kecil, banyak juga yang melantik individu atau syarikat buat penghantaran makanan,” kata Ismail Sabri.

penghantar makanan kebenaran polis

“Kita bincang dengan PDRM iaitu majikan atau individu kena maklumkan kepada polis. Kalau ada majikan, kena keluarkan surat mengesahkan individu itu bekerja sebagai penghantar makanan, manakala secara individu boleh memohon dengan polis.

“Dengan surat daripada majikan dan kebenaran polis, mereka boleh melalui sekatan jalan raya dengan mudah,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here