Covid-19: Pejabat JPJ Wangsa Maju ditutup hari ini hingga 25 Januari

1908

Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di Wangsa Maju, Kuala Lumpur ditutup selama lima hari bagi proses sanitasi dan kerja pembersihan.

JPJ Wangsa Maju

JPJ WPKL menerusi notis awam memaklumkan, premis itu ditutup mulai hari ini sehingga 25 Januari ini.



“Bagaimanapun, orang ramai masih boleh berurusan dengan pihak JPJ di tiga pejabat cawangan JPJ WPKL,” katanya.

Orang ramai boleh berurusan di JPJ cawangan Bandar Sri Permaisuri dan JPJ cawangan Bandar Menjalara.

Selain itu, urusan juga boleh dibuat di pejabat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur, Mini UTC Sentul dan Mini UTC Keramat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here