PKP 2.0: Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Kedah hanya untuk penumpang yang ada surat polis

1743

Bermula esok, perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Kedah hanya membenarkan penumpang yang mempunyai surat kebenaran polis untuk menaiki pengangkutan itu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

feri Langkawi-Kuala Kedah

Menurut Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Ferry Line Ventures (Ferry Line) Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom, perkhidmatan feri masih diteruskan, namun semua penumpang perlu ada surat kebenaran merentas daerah untuk menaikinya.



Katanya, sebelum ini hanya penumpang dari luar Kedah sahaja yang diwajibkan mengemukakan surat kebenaran itu.

“Sekiranya tiada (surat kebenaran polis), kita tak benarkan menaiki feri,” kata Baharin.

Menurutnya, jadual perjalanan feri kekal seperti tempoh PKP Bersyarat dengan satu ‘trip’ pergi dan balik pada setiap hari, manakala jumlah penumpang dijangka berkurangan hingga 40 ke 60 orang sahaja berbanding kapasiti asal feri iaitu 650 orang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here