OPS PEWA: Polis Johor sita 19 kenderaan warga asing

1413

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor telah menjalankan Operasi Khas Pemandu/Penungang Warga Asing (OPS PEWA) di sekitar daerah Muar, Johor.

OPS PEWA

OPS ini adalah susulan dari maklumbalas dan maklumat yang diberikan oleh orang awam keatas operasi sama yang telah dijayakan di daerah Johor Bahru pada 4 Februari lepas.



OPS PEWA diketuai oleh Tuan Mohamad Firdaus Bin Mohamad Ibrahim, Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Johor dan melibatkan seramai 14 orang anggota dan pegawai dari Unit Aduan & Siasatan JPJ Negeri Johor dan Unit Operasi JPJ Cawangan Muar, Johor.

Hasil operasi khas bersasar yang dijalankan ini, sebanyak 98 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.

Antara kesalahan yang dilakukan ialah tiada lesen memandu, guna persendirian sebagai kenderaan perdagangan, membenarkan warga asing memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen memandu yang sah serta beberapa kesalahan teknikal kenderaan.

Sebanyak 19 buah kenderaan masing-masing 18 motosikal dan sebuah kereta telah disita dibawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Salah sebuah motosikal tersebut dikesan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain, dimana kesalahan ini berada di bawah seksyen 108 APJ 1987 yang memperuntukan denda RM 5,000 hingga RM 20,000 atau penjara.

Manakala warga asing yang dikesan semasa operasi tersebut datang daripada negara seperti Myanmar, Bangladesh dan Indonesia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here