Denda RM2,000 atau penjara jika ubah suai kenderaan guna tayar ‘hellaflush’ – PDRM

3750
Trend mengubah suai kereta menggunakan tayar ‘hellaflush’ tetap menjadi ikutan rakyat Malaysia walaupun rata-rata tahu ianya salah di sisi undang-undang.
Malah ubahsuai itu juga akan beri kesan buruk kepada dinamik pemanduan sesebuah kenderaan.
 
Menurut kenyataan dari Facebook Polis Diraja Malaysia, pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat daripada kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap sehingga merisikokan nyawa pemandu serta pengguna jalan raya lain.
hellaflush
Tambah kenyataan tersebut, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Penngangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.
 
Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here