Utama Berita Automotif Singapura bakal guna Volocopter sebagai perkhidmatan teksi udara menjelang 2026

Singapura bakal guna Volocopter sebagai perkhidmatan teksi udara menjelang 2026

1150
Singapura bakal menggunakan kenderaan udara berkuasa elektrik dikenali sebagai Volocopter sebagai teksi udara di negara itu menjelang tahun 2026.
Volocopter
Menurut Naib Presiden Eksekutif, Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB), Tan Kong Hwee, pihaknya sedang bekerjasama dengan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) untuk mewujudkan laluan bagi kenderaan terbabit.
 
“UAM boleh melebarkan lagi sektor pengangkutan udara, kita kenal pasti industri ini juga berkembang di Singapura,” kata Tan Kong Hwee.
 
“Singapura adalah pusat ujian yang penting bagi kenderaan autonomi, elektrik dan UAM termasuk ujian penerbangan Volocopter pada tahun 2019. Kami gembira Singapura dipilih untuk mengukuhkan aktiviti komersial dan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
 
“Ini akan membantu membina keupayaan baharu untuk ekosistem pengangkutan kita dan mewujudkan banyak peluang menarik di Singapura,” tambahnya.
Volocopter hasil ciptaan Stephan Wolf dan Alexander Zosel dari Jerman pada tahun 2011 itu turut melibatkan pembangunan dan penyelidikan (R&D) Pusat Penyelidikan Fraunhofer di Universiti Teknologi Nanyang Singapura.
 
Dilengkapi dengan sembilan buah bateri sebagai sumber tenaga serta 18 kipas dengan ciri-ciri keselamatan terkini, Volocopter berjaya menjalankan sebanyak 1,000 ujian penerbangan berjaya antaranya di Dubai dan Singapura.
 
Sehingga kini, Volocopter mempunyai 250 pekerja di pejabat di Bruchsal, Munich, dan Singapura.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here